Saturday, March 15, 2008

Jom Ubah - Dari Perspektif Seorang Melayu

I confess I didn't ask permission to reproduce this reader's response to Lim Kit Siang's blog entry titled "Time to move on into the unchartered political waters" today so if anyone thinks I ought to remove this post, just let me know in the comments section.

I want to share what musyu99 wrote in Bahasa Malaysia. Please take a moment to read his heartfelt plea:-

YB LKS,

Sekali lagi saya ingin beritahu, saya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Minta maaf kerana saya kurang pandai untuk menulis dalam bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun saya akan belajar menulis dalam bahasa Inggeris kelak.

Sebelum PRU12 rata-rata orang Melayu mengatakan DAP adalah parti untuk kaum China jika dipandang dari segi corak politiknya dan sokongan. Manakala PAS pula memperjuangkan Islam dan PKR dituduh sebagai panting untuk seorang individu.

Memandangkan majoriti rakyat sudah jelek dengan kepimpinan BN, jadi mereka telah bertekad untuk mengundi parti DAP/PKR/PAS tanpa memperdulikan ideologi parti berkenaan asalkan BN dikalahkan dan di ajar secukupnya. Rata-rata rakyat ini adalah dari kalangan pelbagai kaum yang mengundi parti alternatif bagi menafikan majoriti kepada BN. Jadi, adakah YB berasa kemenangan besar DAP/PKR/PAS ini adalah kerana kredibiliti dan merit masing-masing? Sudah pasti jawapannya tidak.

Sokongan bonus kepada pakatan ini adalah disebabkan kepincangan dari parti BN dan kelemahan pucuk pimpinannya dan rakyat membuat keputusan nekad untuk mengundi parti pakatan ini. PRU12 ini telah mengubah corak politik negara dan sudah pastinya DAP/PKR/PAS perlu juga meroboh mengikut arus semasa. Dengan slogan DAP: JOM UBAH! Oleh itu DAP perlu berubah bagi membela nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Begitu juga PAS dan PKR.

DAP/PKR/PAS perlu menjelaskan kepada ahli-ahli mereka betapa perlunya untuk mendapat sokongan rakyat dari berbagai kaum dan agama. Bukan sekadar seronok dan bangga untuk melihat kejatuhan BN. Perjuangan politik adalah bertujuan untuk semua rakyat Malaysia. Yang sudi mendengar rintihan rakyat. Yang sanggup duduk semeja dengan parti yang mempunyai ideologi lain berbincang, bermuafakat bagi kesejahteraan rakyat. Kita perlu ubah suasana politik perkauman dan eksterimis. JOM UBAH!

Alangkah bangganya sebagai rakyat Malaysia yang berbagai kaum kita dapat hidup dalam keadaan harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang perasaan prejudis. Dalam para terakhir artikel YB ... “It is time to move on into the new uncharted Malaysian political waters”... Angin perubahan telah dapat dilihat di negara ini dan kemahuan rakyat seluruhnya dapat dirasai. Terima kasih kerana YB dan penyokong DAP dapat menerima angin perubahan ini. Kita faham ini akan memakan sedikit masa untuk menjelaskan kepada akar umbi. Namun realitinya jika persefahaman dibentuk, pakatan ini akan dapat terus maju untuk membentuk satu bangsa Malaysia.

Perlu diingat bahawa pihak lawan sentiasa mencari peluang untuk melemahkan pakatan ini. Perkara-perkara kecil sekalipun boleh di ulas menjadi besar seolah-olah pakatan ini gagal. Sebagai penyokong kepada pakatan ini, saya yakin pemimpin-pemimpin PKR/DAP/PAS akan dapat bersatu hati menyelesaikan masalah yang timbul secara bersama dengan lebih bijak. Akhir kata ... JOM UBAH!!!!

Saya setuju!!!

Labels: ,

2 Comments:

Blogger Maverick SM said...

Wah, your BM so good!!!

17/3/08 02:53  
Blogger Arena Green said...

Good enough to understand but not to write such stuff lah, Mave!!

17/3/08 21:29  

Post a Comment

<< Home

adopt your own virtual pet!